KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
BAB 7 : MEDIA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Friday, November 25, 2022
7.1 PENGENALAN
7.2 KONSEP & PENGERTIAN MEDIA PENGAJARAN
Media pembelajaran diertikan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan, merangsang pikiran, perasaan, perhatian, dan kemahuan murid sehingga dapat mendorong proses pembelajaran. Bentuk-bentuk media pembelajaran digunakan untuk meningkatkan pengalaman belajar agar menjadi lebih konkrit. Media pengajaran juga digunakan untuk menyalurkan pesanan dari pengirim kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat seterusnya terhasilah proses pembelajaran yang bermakna kepada murid.
Media pengajaran terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu media, media pengajaran, bahan bantu pengajaran, teknologi Pendidikan dan teknologi instruksi.
7.3 PARADIGMA PERKEMBANGAN MEDIA PENGAJARAN
Paradigma perkembangan media pengajaran melibatkan beberapa perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain. Guru perlu menggunakan alat komunikasi untuk menyampai sesuatu sumber pembelajaran. Berikut adalah video berkenaan paradigma perkembangam media pengajaran.
7.4 KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Kon Pengalaman Pembelajaran adalah satu model yang diasaskan oleh Dale (1965) berteraskan teori pembelajaran manusia yang dikenali sebagai 'Cone of Experience'. Kon Pengalaman Pembelajaran ini boleh digunakan oleh para guru dalam mengenalpasti sejauh mana pelajar memahami dan menguasai ilmu yang guru sampaikan. Secara ringkasnya, model ini mencadangkan agar mengintegrasikan penggunaan media dan memberi pengalaman agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Berikut merupakan video berkaitan Kon Pengalaman Pembelajaran.
7.6 FAKTOR - FAKTOR MEMPENGARUHI APLIKASI MEDIA PENGAJARAN
Antara faktor yang mempengaruhi aplikasi media pengajaran adalah objektif pembelajaran, isu & struktur kandungan, gaya belajar murid, kemudahan bilik darjah dan kaedah pengajaran.
PENUTUP
Bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam rangka memastikan murid memahami mesej yang disampaikan. Oleh itu, media pengajaran yang dipilih oleh guru berdasarkan potensinya dalam mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Diharapkan dengan adanya media pengajaran yang bersesuaian dapat mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolabratif, kreatif dan pemikiran kritis.
7.1 PENGENALAN
Masyarakat yang maju ditandai dengan kualiti pendidikan yang tinggi. Antara faktor penting dalam menghasilkan pendidikan berkualiti ialah pe...
-
Kon Pengalaman Pembelajaran adalah satu model yang diasaskan oleh Dale (1965) berteraskan teori pembelajaran manusia yang dikenali sebagai &...
-
Antara faktor yang mempengaruhi aplikasi media pengajaran adalah objektif pembelajaran, isu & struktur kandungan, gaya belajar murid, ke...
-
Media pembelajaran diertikan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan, merangsang pikiran, perasaan, perhatian, d...